distance
Wednesday, April 25, 2012
Monday, April 23, 2012
lama
pantas waktu bagai cahaya yang meluru menembus angkasa. tanpa sedar itu dan ini sudah pun berlalu. lama rasa tidak menyelidik hati. lama juga hati tidak mencetus rasa yang membuai diri. hilang peka pada adanya jiwa yang mempamer riak bermacam minta difahami. biarkan semua ini berlalu. kelak nanti aku periksa khabar kamu. tenang ya.
Tuesday, March 20, 2012
kecewa
benar. memang tiada janji yang pernah terlafaz antara kita. tapi hati seolahnya memahami. kita bersama dalam mujahadah ini. akan tetapi aku keliru. melihatkan lakumu seperti dulu. mahu saja bibir ini bertanya hilang sudahkah janji kita itu. janji yang hanya kita tahu. atau hanya aku yang berjanji. aku benar keliru. betapanya aku mengharapkan kamu menjelaskan padaku tempat dirimu. kerana aku terasa berseorang dalam mujahadah ini. ya, aku kecewa. melihatkan kamu begitu. dan aku pula, bisu begini. sampai bila. aku tak tahu. sungguh aku tak tahu.
Sunday, March 18, 2012
ujian
Terlalu suka dirinya menyimpan apa segala macam masalah yang dihadapi. Dia bijak menyembunyi kekecewaan di hati. Wajahnya jarang sekali mempamer ekspresi.
Di waktu ini, hatinya sedang menangis. Namun wajahnya masih seperti tadi.
"Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Sebenarnya, ujian merupakan tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui hakikat sebenar ujian dalam kehidupan."
Di waktu ini, hatinya sedang menangis. Namun wajahnya masih seperti tadi.
"Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Sebenarnya, ujian merupakan tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui hakikat sebenar ujian dalam kehidupan."
Saturday, March 17, 2012
celik
terbentang seribu macam keindahan akhirat di sebalik ketentuanNya di dunia. mungkin dia berselubung permata berkilau. dia pula bersalut lumpur yang hina. hidup dia bagai anak raja. dia pula sebatang kara. di mata hamba, jelas mana bahagia, mana derita. tapi benarkah bahagia kita, bahagia bagiNya? dan derita kita, derita Yang Maha Esa? lemahnya hamba pada celiknya.
Sunday, March 4, 2012
Wednesday, February 29, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)