Thursday, February 9, 2012

luas

'sesak', gumam hatinya. menungnya pada kereta yang sedang berasak-asak. hatinya yang tadi gundah bertambah resah. mahu saja dia melarikan diri ke satu daerah yang tenang, sunyi.

lantas pandangnya teralih ke langit. 'luas', itu yang terbit di benaknya. baru saja dia tersedar betapa luas alam ciptaanNya. seluas rahmat ujianNya. subhanallah. dia kembali tersenyum. hatinya mulai tenang.